PENGENALAN
Pelajar-pelajar akan ditempatkan di
jabatan kerajaan atau swasta bagi membolehkan mereka merasai suasana pekerjaan
yang sebenar yang mana berbeza dari suasana di politeknik. Pelajar diberi
pilihan untuk memohon tempat latihan sama ada melalui pihak politeknik
masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar juga dikehendaki memohon
tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.
OBJEKTIF
Program
Latihan Industri Politeknik Balik Pulau merupakan satu latihan teknikal
di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Latihan industri yang
dijalankan selama satu semester ini merupakan sebahagian daripada sukatan mata
pelajaran di politeknik. Selain daripada itu, ia juga merupakan satu sistem
yang mesti diikuti oleh para pelajar sebelum melangkah ke semester baru.
Latihan yang berlangsung
selama satu semester ini dijalankan di jabatan kerajaan atau swasta yang
memberi kerjasama dengan pihak politeknik untuk membenarkan para pelajar menjalankan
latihan industri. Secara am, objektif latihan industri adalah bertujuan:-
- Mendedahkan para pelajar akan situasi
yang akan mereka hadapi apabila sudah bekerja kelak.
- Menanam semangat kerja berpasukan dan
menjalinkan perhubungan yang baik sesama pekerja.
- Mendisplinkan diri para pelajar di tempat
kerja dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
- Menanam sifat bertanggungjawab dan
berkeyakinan diri dalam menjalankan sesuatu pekerjaan yang telah
diberikan.
- Pelajar akan lebih berdikari dan matang dalam
permikiran mengenai pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi kelak
OBJEKTIF
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Objektif laporan ini dibuat
adalah bertujuan untuk memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk
mendapatkan penganugerahan Diploma Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Oleh
demikian, penulisan laporan ini amat penting untuk membantu pensyarah-pensyarah
menilai para pelajar.
Melalui laporan ini, para pelajar
dapat menerangkan secara terperinci tentang aktiviti yang telah dijalankan dalam
tempoh latihan industri ini dijalankan. Secara tidak langsung ianya dapat
melatih para pelajar memahirkan diri untuk membuat laporan dan memudahkan
mereka apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
Antara objektif laporan latihan industri ialah :-
- Memberi gambaran kepada pembaca mengenai
kegiatan gerak kerja yang dilakukan pelajar.
- Sebagai buku untuk mengumpulkan segala
maklumat dan data yang diperolehi semasa menjalani latihan industri.
- Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat
berdasarkan buku laporan harian pelajar.
- Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada
pelajar yang akan menjalani latihan industri.
- Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat
untuk penambahbaikan kepada syarikat di masa akan datang.
- Memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
KEPENTINGAN
LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Terdapat banyak kepentingan di
dalam latihan industri kepada para pelajar. Antara kepentingannya ialah memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar.
Perkara ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang baru
kepada para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Oleh itu, latihan
industri banyak membantu para pelajar untuk lebih memahami bidang yang mereka
belajar di institusi.
Selain itu, dapat mendidik para
pelajar menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan dan amanah dalam tugasan yang diberikan. Disamping itu,
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebab dari
latihan industri ini para pelajar dapat melihat cara bekerja yang efektif untuk
menjadi pekerja yang berdedikasi dan bertanggungjawab. Oleh sebab itu juga,
semasa dalam tempoh latihan industri penyelia sesebuah syarikat akan menilai kemampuan
para pelajar dalam melakukan pekerjaan. Jika prestasi para pelajar bagus, tiada
masalah untuk mendapatkan pekerjaan apabila sudah tamat pengajian.
Kesimpulannya, latihan industri
ini banyak memberi pengalaman dan pembelajaran bagi para pelajar sebelum
menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar kelak.