LATAR BELAKANG SYARIKAT
Kolej Komuniti
Gerik (KKG) merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang
ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Institusi ini mula
beroperasi pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik Gerik, Perak dan telah
berpindah ke tapak operasinya sendiri di Kampung Tawai, Bukit Nasah, Gerik,
Perak, pada tahun 2005.
Antara kursus yang ditawarkan di KKG sehingga kini ialah Kursus Peringkat Sijil dalam bidang Fesyen, Automotif, Perabot dan Teknologi Maklumat untuk lepasan SPM serta pelbagai kursus pendek mengikut keperluan atau permintaan penduduk setempat

LOGO RASMI KOLEJ KOMUNITI GERIK
MISI KKGP
Memperkasakan
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui kursus-kursus
sepenuh masa dan melestarikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) melalui
kursus-kursus pendek bagi mengupayakan komuniti
VISI KKGP
Peneraju
utama kecemerlangan Penidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
NILAI TERAS WARGA KKG
W : Wisdom (Kebijaksanaan)
Dalam membuat keputusan, warga KKG mestilah
berfikiran secara adil dan rasional supaya hasilnya akan meningkatkan mutu
perkhidmatan. Etika dan akhlak Islam merupakan satu kebijaksanaan berbentuk
amalan. Ia diamalkan oleh semua warga KKG.
E : Empathy (Empati)
Warga KKG dapat merasakan perasaan yang sama
dialami oleh masyarakat yang memerlukan pertolongan seterusnya cuba membantu
mencari jalan menyelesaikan permasalahan tersebut.
C : Caring (Prihatin)
Warga KKG sentiasa peka terhadap keperluan
pelanggan dan akan membuat penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kepuasan
pelanggan.
A : Accountability (Akauntabiliti)
Warga KKG melaksanakan tugas-tugas yang telah
diberi dan memastikan matlamat serta objektif tugas tersebut tercapai. Tugas
yang mesti dijalankan mengikut 'time frame' yang ditetapkan dan menepati masa.
R : Respect (Hormat-menghormati)
Warga KKG mengamalkan sikap hormat-menghormati
diantara staf dan pelanggan bagi melahirkan suasana kerja yang harmoni. Budaya
memberi salam digalakkan dan diamalkan oleh seluruh warga KKG.
E : Efficient (Efisyen)
Warga KKG dapat menjalankan semua tugas yang
diamanahkan secara sistematik sehingga tugas tersebut memberi impak positif
kepada komuniti dan negara.
PIAGAM PELANGGAN
1.
Proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa
diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
2.
Proses PLTV dilaksanakan secara sistematik,
terancang dan berkesan mengikut Kurikulum dan Takwim P&P.
3.
Setiap aduan pelanggan yang relevan akan diambil
tindakan (dalam tempoh 14 hari).
4.
Setiap modul diajar oleh tenaga pengajar yang
berkelayakan
SUSUN ATUR PENGURUSAN KKG (CARTA ORGANISASI)
SEJARAH
DAN PENCAPAIAN KKG
05 Julai 2000
Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandom No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan dan bersetuju dengan konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen
01 Mac 2003
Kolej Komuniti Gerik (KKG) mula beroperasi di Sekolah Menengah Teknik Gerik, Gerik, Perak
17 Jun 2003
Pengambilan kumpulan pertama pelajar seramai 30 orang yang mengikuti kursus Sijil Teknologi Maklumat dan melibatkan 5 orang tenaga pengajar
27 Mac 2004
Kolej Komuniti bertukar jabatan dan kementerian dari Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berikutan rombakan kabinet oleh Mantan Perdana Menteri ke-5 Malaysia supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibahagikan kepada dua (2) kementerian baru iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
20 April 2005
Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No. 296/2456/2005 yang dikemukakan oleh Menteri Pengajian Tinggi dan bersetuju supaya Kolej Komuniti menjadi hub pembelajaran sepanjang hayat
Julai 2005
Mula beroperasi di premis tetap seluas 18 ekar di Kampung Tawai, Bukit Nasah, Gerik, Perak bersebelahan dengan MRSM Gerik
Julai 2007
Perasmian Kampus KKG oleh DYMM Sultan Perak
Julai 2007
Bunga Rafflesia diiktiraf sebagai ikon KKG dengan nama Rafflesia Azlanii
September 2007
Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti telah ditukarkan kepada Sektor Pengurusan Kolej Komuniti, disokong oleh beberapa Bahagian iaitu, Bahagian Pembangunan Akademik, Bahagian Penilaian dan Peperiksaan, Bahagian Kebajikan Pelajar dan Bahagian Pengambilan Pelajar
15 September 2009
Kolej Komuniti bukan lagi di bawah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) kerana Sektor Pengurusan Kolej Komuniti telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan ditambah 3 bahagian yang baru iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Dasar dan Ko-kurikulum dan Bahagian Hubungan Industri, Pengesanan Graduan dan Alumni
Oktober 2009
Ke arah melaksanakan ISO Syariah
29 Januari 2010
Pelancaran i-Kolej
Januari 2010
Perlantikan ADUN Kota Tampan dan Pegawai Daerah Hulu Perak sebagai Duta KKGP
Ogos 2010
Pelancaran Pelan Pengukuhan Keusahawanan Kolej Komuniti di Dewan Serbaguna Gerik oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
14 Januari 2011
Memperolehi sijil ISO 9001:2008 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan 1900:2005 (Sistem Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam atau lebih dikenali sebagai ISO Syariah)
Januari 2011
Diiktiraf sebagai Kolej Komuniti terbaik oleh Menteri Besar Perak semasa program bersama rakyat di Dewan Serbaguna Gerik
Februari 2011
KKG merupakan institusi pengajian yang pertama dalam kumpulan IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi yang menerima pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam (MS 1900:2005) dalam skop Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional di peringkat Sijil dan Sijil Modular Kebangsaan dari pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Mac 2011
Menerima anugerah "The Malaysian Book of Records" atas kejayaan sebagai Kolej Komuniti pertama yang menerima ISO 9001:2008 dan MS1900:2005 dalam skop Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional di peringkat Sijil dan Sijil Modular Kebangsaan
Ogos 2012
KKG diiktiraf dalam Malaysian Book of Records apabila menjadi Kolej Komuniti yang pertama di Malaysia menerima 2 pensijilan serentak ISO 9001:2008 dan MS 1900:2005
16 Mei 2013
Kolej Komuniti bertukar kementerian dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berikutan penyusunan semula kementerian berkuatkuasa mulai 16 Mei 2013 yang melibatkan penggabungan dan pemansuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Februari 2015
Nama Jabatan Pengajian Kolej Komuniti ditukar menjadi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
28 Julai 2015
Kabinet dirombak. Kementerian Pendidikan dipecahkan kembali menjadi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Julai 2015
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi ditukar nama menjadi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).