Setelah saya menjalani latihan
industri di Kolej Komuniti Gerik,Perak. Saya telah mengetahui dan
mempelajari banyak pengalaman baru disini. Hasilnya saya amat bangga dengan apa
yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana berjaya menamatkan latihan
industri ini dengan pengalaman yang amat berguna untuk masa depan saya.
Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada sesuatu yang baru, malah
ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya menjalani alam pekerjaan
yang sebenar.
Banyak ilmu yang saya perolehi
ketika menjalani program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan
dipelajari sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin apabila melangkah
ke alam pekerjaan sebenar kelak. Latihan industri ini banyak membimbing pelajar
yang tidak mengetahui akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di
Politeknik.
Pada kesimpulannya, latihan
industri sememangnya program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada
pelajar untuk lebih berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada
masa kini. Semasa latihan industri juga, saya telah merasai bagaimana suasana
sebenar di alam pekerjaan, serta hubungan yang baik iaitu saling bantu -
membantu dan berkerjasama sepanjang saya menjalani latihan industri di Kolej
Komuniti Gerik, Perak.