BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari mengenai :
  •  Persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar kelak.
  • Dapat mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran di politeknik.
  • Dapat menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama dengan staff-staff dengan baik.
  • Dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.

Latihan Industri yang telah dijalani disini amat saya hargai.  Daripada latihan ini, saya ingin membuat cadangan serta saranan iaitu :
  • Pihak syarikat diminta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program dilaksanakan semasa latihan industri.
  • Pihak syarikat juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka lakukan ketika latihan industri.
  • Pelajar harus lebih cekap dan menepati masa dalam melakukan tugas yang diberikan agar pihak syarikat memberikan kepercayaan untuk melakukan sesuatu tugas.
  • Pelajar harus menepati masa agar tidak dipandang rendah oleh majikan.
  • Pensyarah Politeknik Balik Pulau harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana mungkin terdapat masalah yang dihadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.