DEDIKASI & PENGHARGAAN

DEDIKASI

Untuk bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Kolej Komuniti Gerik (KKG)  serta semua,rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau,serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya Farah Syazwani Binti Mad Ali siswi Politeknik Balik Pulau yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Kolej Komuniti Gerik, Gerik Perak selama satu semester.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Gerik (KKG)  terutamanya kepada Pn. Junaidah Binti Mohammad selaku penyelaras pelajar praktikal kerana sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di Kolej Komuniti Gerik (KKG)

Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Kolej Komuniti Gerik (KKG) yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya. Tanpa kalian sudah tentu saya tidak dapat menyediakan laporan akhir latihan industri ini. 

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri.  Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan. 

Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Balik Pulau khususnya kepada Pn Faruz Afni dan Pn Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan laporan akhir saya ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.